EKOSISTEM ALAM
Konsep ekosistem di perkenalkan oleh Sir Artur Tesley seorang ahli ekologi di Britain pada tahun 1935. Istilah"ekosistem" berasal dari perkatan oikos dalam Bahasa Yunani bermaksud rumah atau tempat tinggal . ekosistem merujuk kepada satu sistem dimana dua komponen , Iaitu hidup dan bukan hidup saling bertindak balas , komponen hidup terdiri daripada manusia haiwan dan tumbuhan termasuk hidupan seni . Komponen bukan hidup pula terdiri daripada unsur-unsur udara ,cahaya ,air,dan tanih. Kesemua komponen itu mempunyai fungsi tertentu. Setiap unsur bagi komponen saling bergantungan untuk mewujudkan keadaan seimbang.
Bagi komponen hidup dalam ekosistem, individu sesuatu
spesies yang berkumpul dikenali sebagai populasi.
Populasi-populasi
spesies berlainan mewujudkan komuniti
kelompok
-kelompok komuniti seperti hutan, padang rumput ,
burung,
ikan lain -lain komponen komponen hidupan , komponen
bukan
hidup yang meliputi udara ,cahaya matahari dan tanih
merupakan
alam fizikal sebagai habitat .
Ekosistem adalah satu sistem yang dinamik. Sekiranya satu unsur dalam ekosistem berubah maka kesuluruhan ekosisitem akan terganggu. Sebagai contoh jika hujan di suatu kawasan semakin kurang dalam masa panjang keadaan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar di kawasan itu akan berubah ini disebabkan suatu ekosistem sentiasa cuba menyesuaikan dan mengekalkan keseimbangannya. Dengan ini adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anggota masyarakat untuk menjaga keseimbangan ekosistem di kawasan kita.